Monday, July 27, 2009
SK Kota Masai mendapat nama kerana ia dibina dalam kawasan perumahan Taman Kota Masai. Sekolah ini terletak di Jalan Jambu 17, Taman Kota Masai. Telah ditubuhkan dan beroperasi pada 16 Julai 2003. Di peringkat awal operasi sekolah ini, seramai 19 orang guru dari sekolah-sekolah berhampiran diarahkan berpindah ke sekolah ini untuk melaksanakan tugas yang telah diamanahkan. Seterusnya seramai 423 orang murid telah dipindahkan dari sekolah-sekolah yang berhampiran iaitu SK Tanjung Langsat, SK Taman Pasir Putih, SK Taman Cendana dan SK Pasir Gudang 1 , 2 , 3 dan 4. Sebanyak 12 kelas telah dibuka pada peringkat permulaan. En.Othman bin Abd Rahman telah dilantik sebagai penyelaras dan diamanahkan untuk menerajui sekolah ini sebagai pentadbir. Sekolah ini dianugerah watikah secara rasmi pada 17 Ogos 2003 oleh Yang Berusaha Tn.Haji Kasim bin Mahadi bagi pihak Pengarah Pelajaran Negeri Johor. Pada awal November, sekolah ini telah mendapat guru besar yang pertama iaitu Pn.Musleha bt Othman sebagai pentadbir rasmi yang dilantik oleh PPD Johor Bahru. Pertambahan jumlah murid, maka lebih ramai guru telah ditempatkan di sekolah ini. Ia berkembang dari semasa ke semasa. Kesinambungan kepimpinan sekolah ini telah dipikul oleh Mohd Khir bin Yusof setelah Pn.Musleha bt Othman bersara wajib pada umur 55 tahun.Beliau bertanggungjawab menerajui sekolah ini bermula pada 25 Januari 2005 hingga kini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Assalamualaikum...
ReplyDeletePertama sekali tahniah di atas pembinaan blog ini. Tahniah juga di atas kejayaan 26 murid yang mendapat 5A dalam UPSR tahun ini. Insya Allah muga ada peningkatan bagi 2010 akan datang.
Oh ya...lupa lak nak tanya. Cikgu Sani masih di situ ke? Apa perkembangan dia sekarang? Harap pihak pengurusan blog atau mana-mana staf yg terbaca dapat maklumkan kepada saya di email saya payung_alam@yahoo.com kerana ada sedikit hal yang ingin saya tanyakan. terima kasih. maaf kalau bertanya tak kena tempat.
ReplyDeleteSatu lagi komen leh ke? Sampaikan salam terima kasih saya kepada guru kaunseling di sana jika tak salah ingatan Puan Azani di atas kesudian berkongsi dan merelakan bahan kaunseling beliau difotocopy. Muga dapat berkenal lebih lanjut selepas ini. Terima kasih.
ReplyDeletesekolah ku tahu 2003
ReplyDeletemiss kat guru2 time 2003-2005