Monday, July 27, 2009

SK Kota Masai mendapat nama kerana ia dibina dalam kawasan perumahan Taman Kota Masai. Sekolah ini terletak di Jalan Jambu 17, Taman Kota Masai. Telah ditubuhkan dan beroperasi pada 16 Julai 2003. Di peringkat awal operasi sekolah ini, seramai 19 orang guru dari sekolah-sekolah berhampiran diarahkan berpindah ke sekolah ini untuk melaksanakan tugas yang telah diamanahkan. Seterusnya seramai 423 orang murid telah dipindahkan dari sekolah-sekolah yang berhampiran iaitu SK Tanjung Langsat, SK Taman Pasir Putih, SK Taman Cendana dan SK Pasir Gudang 1 , 2 , 3 dan 4. Sebanyak 12 kelas telah dibuka pada peringkat permulaan. En.Othman bin Abd Rahman telah dilantik sebagai penyelaras dan diamanahkan untuk menerajui sekolah ini sebagai pentadbir. Sekolah ini dianugerah watikah secara rasmi pada 17 Ogos 2003 oleh Yang Berusaha Tn.Haji Kasim bin Mahadi bagi pihak Pengarah Pelajaran Negeri Johor. Pada awal November, sekolah ini telah mendapat guru besar yang pertama iaitu Pn.Musleha bt Othman sebagai pentadbir rasmi yang dilantik oleh PPD Johor Bahru. Pertambahan jumlah murid, maka lebih ramai guru telah ditempatkan di sekolah ini. Ia berkembang dari semasa ke semasa. Kesinambungan kepimpinan sekolah ini telah dipikul oleh Mohd Khir bin Yusof setelah Pn.Musleha bt Othman bersara wajib pada umur 55 tahun.Beliau bertanggungjawab menerajui sekolah ini bermula pada 25 Januari 2005 hingga kini.